Pages

Sunday, 7 December 2008

Peristiwa tanah runtuh di Bukit Antarabangsa

Peristiwa tanah runtuh ini mengingatkan aku kembali tentang tragedi Highland Tower sewaktu aku masih belajar di UTM KL. Kejadian tanah runtuh terbesar di waktu itu. Masa kejadian itu, aku sedang menghadiri mesyuarat pelajar di Sekolah Rendah Al Amin, Keramat. Namun siapa sangka kejadian ini berulang kembali selepas kejadian tanah runtuh yang berlaku pada bulan Ramadhan yang lepas ketika umat Islam yang lain sibuk menyediakan juadah bersahur. Kejadian ini akan terus berulang dengan sikap kelalaian manusia dan keangkuhan manusia, kerana manusia sering lupa kepada penciptanya.

Sebab kejadian ada sebab musababnya. Tidak akan berlaku kejadian dengan begitu sahaja. Walaupun ianya dikaitkan dengan bencana alam. Tapi siapa yang mampu mengubah bencana alam ini, kalau tidak penciptanya. Inna lillahi wainna ilaihi raji'un.

Ketika ini aku berada di Sheffield, UK

Liputan Online The Star:
Ahad Disember 7, 2008

TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA: SEPINTAS


JALAN di kawasan Bukit Antarabangsa rekah dalam tragedi tanah runtuh awal pagi ini. - foto The Star oleh CHAN TAK KONG

BERIKUT maklumat sepintas lalu mengenai perkembangan kejadian tanah runtuh di kawasan Bukti Antarabangsa - lokasi tanah runtuh terbaru.
  • Waktu tragedi kira-kira 4 pagi.
  • 14 banglo di Taman Bukit Mewah serta Bukit Utama tertimbus.
  • Kawasan runtuhan meliputi empat hektar dengan lingkungan satu kilometer meliputi kawasan sekitarnya.
  • Tragedi berlaku kira-kira 1.5 kilometer dari lokasi tragedi Highland Tower.
  • Kejadian tanah runtuh ketiga sejak 30 November lalu (dalam tempoh seminggu).
  • 4 mayat telah ditemui setakat 7.45 malam. Mangsa terkorban: Shaiful Khas Datuk Shaharudin, 20; N. Yogeswari, 40, dan Eng Lee Peng, 30, serta Surina, 30, (wanita Indinesia).
  • Shaiful Khas (penghuni rumah No.17), Yogeswari (rumah No. 1), Eng Lee Peng (rumah No, 16, dan Surina (rumah No. 15).
  • Operasi mencari dan menyelamat diteruskan selama 24 jam tanpa henti walaupun hujan.
  • Tanah runtuh dipercayai berpunca daripada pergerakan air bawah tanah.
  • 93 mangsa kejadian tanah runtuh berjaya menyelamatkan diri.
  • 2,000 penduduk diarah berpindah ke pusat penempatan sementara di Pejabat Penghulu Hulu Klang, Sekolah Kebangsaan Hulu Kelang dan surau Bukit Antarabangsa.
  • Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) merawat 14 pesakit. Kesemua mereka telah dibenarkan pulang.
  • Dua daripada 14 mangsa dirawat terdiri daripada dua pembantu rumah Indonesia.
  • Kesemua pesakit yang diterima HKL terdiri daripada lapan lelaki dan enam perempuan, yang berumur tiga bulan hingga 77 tahun.
  • Laluan utama ke beberapa taman di kawasan Bukit Antarabangsa terputus ekoran tanah runtuh. Beratus terkandas.
  • Kira-kira 1,500 rumah di sembilan kawasan terputus bekalan elektrik buat sementara waktu apabila 12 pencawang elektrik terjejas ekoran kejadian tanah runtuh. Rumah yang terjejas terletak di Taman Bukit Jaya, Taman Bukit Utama, Jalan Puncak Bukit Utama, Southern Heights, Kyoto Garden, Oakland Condo Bukit Jaya, Casa De Sol Condo dan Jalan Bukit Utama.

Lain-lain Gambar Tragedi.

Dilulus terbit pada Sunday, December 07 @ 07:55:28 MYT oleh TokPenghulu Oleh hermansamsudeen"

GAMBAR TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA (SIRI I)


ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat mengesan mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN

PENDUDUK kawasan sekitar melihat lokasi tanah runtuh. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN

TUMPUAN orang ramai di kawasan kejadian. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN

LAGI GAMBAR TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA (SIRI II)




GAMBAR OPERASI TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA

GAMBAR-gambar pilihan operasi mencari dan menyelamat mangsa kejadian tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang pagi ini.

MANGSA yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh di dua kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang di sini, duduk termenung mengenangkan nasib yang menimpa mereka setelah terlibat dalam kejadian itu. - fotoBERNAMA

ANGGOTA tentera membantu mangsa-mangsa yang terselamat untuk beredar dari dua kawasan perumahan di Bukit Antarabangsa, Hulu Klang. - fotoBERNAMA

MEMBANTU memindahkan penghuni-penghuni kondominium berdekatan kawasan kejadian tanah runtuh di Taman Bukit Utama dan Taman Bukit Mewah di kawasan Bukit Antarabangsa, Hulu Klang. - fotoBERNAMA

ANGGOTA operasi mencari dan menyelamat mendukung kanak-kanak yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh. - fotoBERNAMA

ANGGOTA operasi mencari dan menyelamat mengusung seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh. - fotoBERNAMA

ANGGOTA operasi mencari dan menyelamat mengusung seorang mangsa yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh. -fotoBERNAMA

SEORANG anggota operasi mencari dan menyelamat mendukung bayi yang terselamat dalam kejadian tanah runtuh. - fotoBERNAMA

PEMANDANGAN udara lokasi tanah runtuh di kawasan Bukit Antarabangsa yang terjadi awal pagi ini. - foto ihsan TV3

PEMANDANGAN dari udara lokasi kejadian. Gambar dirakamkan oleh unit helikopter Polis Diraja Malaysia.

PEMANDANGAN kawasan tanah runtuh Bukit Antarabangsa, Hulu Klang dekat Kuala Lumpur. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN


Kejadian ini mengingatkan aku bahawa asal kejadian aku adalah dari tanah, dan jasad aku juga akan dimasukkan ke dalam tanah dan kembali menjadi tanah suatu hari kelak. Hanya roh aku saja yang akan mengadap Tuhan yang telah menciptakan aku. Siapa tuhan engkau...siapa nabi engkau...siapa..... siapa.... jawablah dengan tenang Allahu tuhan aku.... Muhammad nabi aku....... Adakah di saat ini aku akan menentang pencipta aku Maalikil Kuddus.... siapakah aku disaat ini...
-
Nota: Manusia selalu tidak ingat bagaimana dia diciptakan. Kenapa dia diciptakan. Untuk apa dia diciptakan. Lebih-lebih lagi untuk siapa dia diciptakan. Kembalilah kepada tuhan yang menciptakan manusia dari segumpal darah.

0 comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails