.
Wednesday, 31 December 2008
Al Aqsa cintaku padamu
.
| Reactions: |
Monday, 29 December 2008
Sunday, 28 December 2008
Apa-apa pun, itulah azam dan semangat baru...


Friday, 26 December 2008
Itik pulang petang...

Di mana harga dan nilai waktu maghrib?... Waktu solat ini waktu yang tak perlu dibayar pun... tapi Allah offer pula kat kita ganjaran pahala. Allah tak minta duit pun kat kita, cuma dia minta hati dan tulang empat kerat kita saja. Dia suruh kita sujud kat dia. Lima minit pun tak sampai... kalau nak banding pi lepak kat pasar malam sampai berjam-jam... kadang-kadang tu tak bawa balik apa pun... saja nak jamu mata.
Kalau depa berenti sat pi solat apalah salahnya. Untung dunia dapat, untung akhirat pun dapat...dua-dua sekali dapat. Penuh saf-saf masjid. Meriah masjid setiap waktu. Ini tidak, yang ada cuma pak imam, pak bilal, tok siak dan beberapa kerat makmum saja.
Kenapa depa tak mau ambil dan rebut peluang yang Allah bagi... depa suka lagi nak habiskan masa di waktu ini dengan hanya sekeping keropok lekor atau sekeping kueh taik itik. Depa yang dok ada di waktu ni selamba saja. Jalan lengang-lenggok. Tak dak rasa cemas langsung...maksud aku, nak balik cepat untuk solat ka atau ke surau masjid ka..... Pasai gelagat depa nilah aku kata macam itik pulang petang. Berjalan santai, lenggang-lenggok, lemah-longlai dan gaya sopan depa, semua gelagat depa sama pada waktu ni..... tergelek-gelek kiri dan kanan punggung depa macam punggung itik waktu ni.... entahlah....

Itik pulang petang ..itik pun ingat waktu mana depa nak balik... ini bukan itik, tapi orang yang tak reti-reti pulang petang.....
Nota: Berjalan itik sebagai tanda hormat... betui ka.... http://putatankini.wordpress.com/2008/05/04/berjalan-itik-sebagai-tanda-hormat/
Thursday, 25 December 2008
Mencari Amanah Pencipta ...2
Syabas kepada sahabat-sahabat aku di Seberang Perai Tengah. Kerana berjaya melangkah setapak atau maju ke hadapan. Dari mula kerja mengagih sumbangan Ramadhan hinggalah berjaya menyumbang kerusi roda kepada yang memerlukan. Tidak semua orang mampu memilikinya. Ketika dahulu sahabat-sahabat aku juga disibukkan dengan pengumpulan baju terpakai untuk disumbangkan kepada mangsa banjir di Johor dan Kedah... dan juga kepada mereka yang ke Acheh untuk menabur budi dan jasa kepada mangsa Tsunami. Alhamdullillah semua kerja itu akan mendapat ganjaran dari Allah Taala. Apabila disertakan dengan niat yang ikhlas untuk membantu maka bantuan sebenarnya adalah dari Allah Taala. Dialah yang mengerakkan hati kita supaya membantu. Tanpa bantuan dari Allah, memang susah hendak kita gerakkan tenaga empat kerat yang kita ada untuk berbakti kepada mereka. Beratnya seperti hendak mengangkat batang-batang besi. Sungguh berat.
Aku pernah ke sebuah gudang pengumpulan barang-barang terpakai di Kulim di belakang kedai perabot atas bukit berhadapan dengan Restoran Nasi Kandar Nasmir. Gudang tersebut dimiliki oleh kaum Cina. Sebelum itu, kawasan pengumpulan hanya ditempatkan di sebuah kedai terbiar di kawasan yang tidak jauh dari bangunan TNB Kulim... kecil sahaja kawasannya... Aku tak berapa ingat Taman apa.... Sekarang mereka memiliki gudang. Malah mereka mengajikan pula anak-anak muda dan makcik-makcik Melayu, bangsa aku sendiri. Hebat modus operandi atau gerak kerja mereka ini. Mereka lebih bersemangat dan seronok untuk membantu sesama mereka. Semua barang-barang terpakai seperti pakaian, kotak, besi buruk, cermin, barang mainan kanak-kanak, hasil buangan kilang malah apa saja barangan buangan semuanya mereka kumpulkan. Kemudian mereka akan sisihkan satu persatu mengikut jenis. Ada yang mereka jual dan ada yang mereka dermakan. Hasil jualan mereka salurkan ke pusat Heomodalisis milik mereka sendiri. Hasil buangan tersebut juga mereka jual di kedai-kedai bundle mereka sendiri.
Wal hal, kita baru bercakap tentang mesin heomodalisis bantuan pusat urus zakat. Tetapi mereka telah lama mengusahakan dan hanya mengharapkan bantuan dari sisa buangan atau barang terpakai. Siapa sangka semua barangan terpakai yang dibuang itu dapat membantu kembali golongan yang amat memerlukan. Bagi kita barangan buangan tersebut amat jijik dan kotor. Kita sendiri tidak snggup untuk melakukannya. Thats life is challenging to survive.
Mestikah kita membantu apabila kita sudah cukup harta dan wang ringgit?. Menyumbanglah walau sedikit dengan hanya sekeping duit siling 1 sen. Ia lebih baik dari kita berpeluk tubuh atau menyeluk poket seluar atau baju. Tetapi yang keluarnya hanya jari-jari kedekut yang akan menjadi kematu kelak.
Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang apa yang harus mereka infaqkan. Katakanlah, "Harta apa saja yang kamu infaqkan, hendakknya diperuntukkan bagi kedua oang tua, kerabat, anak yatim, orang miskin dan orang yang dalam perjalanan." Dan kebaikan apa saja yang kamu kerjakan, maka seungguhnya Allah Maha Mengetahui. (Surah ke 2, Al-Bqarah: Ayat 215)
Allah tidak membantu orang yang melakukan kezaliman dan sombong. Doa orang yang dizalimi lebih mustajab. Kalau orang yang kita bantu itu mendoakan kesejahteraan untuk kita, masya Allah.. itulah yang kita mahukan. Doa mereka mustajab. Doa mereka dimakbulkan Allah. Selagi mana mereka menggunakan hasil bantuan dari kita, selagi itulah ganjaran pahala berjalan seperti speedometer (meter km/h) kereta kita. Lagi laju kita pandu, lagi ligatlah putaran speedometer tersebut.
Kita golongan yang bernasib baik yang telah diletakkan Allah di atas platform yang baik. Kita mendoakan supaya kita akan terus berada di atas kelesaan hidup ini. Kita tidak mahu hidup dalam kesempitan. Kita tidak mahu jadi orang yang meminta-minta. Tetapi kita mahu jadi orang yang memberi dan mampu membantu saudara kita yang memerlukan.
Jika kamu menampakkan sedekah-sedekahmu, maka itu baik. Dan jika kamu menyembunyikannya dan memberikannya kepada orang-orang fakir, maka itu lebih baik bagimu dan Allah akan menghapus sebahagian kesalahan-kesalahanmu. Dan Allah Maha teliti apa yang kamu kerjakan. (Surah ke 2, Al-Baqarah- Ayat 271)
Barang siapa meminjami Allah dengan pinjaman yang baik, maka Allah melipat-gandakan ganti kepadanya dengan banyak. Allah menahan dan melapangkan (rezeki) dan kepadanyalah kamu dikembalikan. (Surah ke 2, Al-Baqarah: Ayat 245)
Ingat!. Memberi walaupun sedikit tetapi Allah akan melipat-gandakan rezeki kita. Rezeki dan hak keselesaan hidup adalah hak Allah. Itu semua kerja Allah, bukan kerja kita. Berusaha dan berdoalah supaya kita dipermudahkan urusan rezeki dan mampu menghulurkan bantuan kepada yang hak walaupun dengan bacaan sesurah Al Fatihah.... Ameen.
The incorrect image of Islam in the western media ...2
That is why I advocate a phased redeployment of U.S. troops out of Iraq tobegin no later than May first with the goal of removing all combat forcesfrom Iraq by March 2008. In a civil war where no military solutionexists, this redeployment remains our best leverage to pressure the Iraqigovernment to achieve the political settlement between its warringfactions that can slow the bloodshed and promote stability.
Iran’s President Ahmadinejad’s regime is a threat to all of us. Hiswords contain a chilling echo of some of the world’s most tragic history.
Note: http://blogs.suntimes.com/sweet/2007/03/obamas_aipac_speech_text_as_pr.html


Wednesday, 24 December 2008
Kualiti kehidupan
Gambaran ayat di atas jelas menunjukkan sifat-sifat kesombongan dan kepura-puraan yang ada dalam diri manusia. Sifat-sifat ini telah menyebabkan manusia itu lupa akan asal kejadian hidup. Daripada air mani yang hina yang tidak ada nilai dan harga sedikit pun di sisi Allah Taala. Namun manusia terus merasa kagum dan hebat, megah dan sombong dengan lagak seperti merak di kayangan. Sifat manusia yang sombong dan bongkak inilah akan merosakkan kehidupan yang harmoni.
.

Justeru, sifat kesombongan dan kepura-puraan akan menyebabkan kita terus lemas di dalam kehidupan kita sendiri. Kita tidak tahu dimanakah kehidupan yang pasti, yang mesti kita lalui. Segala tindakan dan keputusan yang kita buat, tidak mengena sama sekali. kita mendabik dada sahaja mengatakan kita akan buat itu dan ini, tetapi natijahnya kita sendiri tidak tahu apa yang akan atau sudah kita lakukan. Kita sendiri merasa takut untuk melakukan. Wal hal perkara tu adalah perkara yang baik.
Suasana kehidupan sekeliling kita telah menipu kita ... kita mesti terkaya, terpanjang, terbesar, terbanyak dan berbagai ter... lagi. Tidak salah semuanya itu. Kena diletakkan pada tempat yang sewajarnya. Kena ada kebijaksanaan akal. Hati dan akal yang mampu mencaturkan istilah tersebut untuk diterjemahkan dalam diri kita sendiri melalui tindakan yang rasional. Apabila tidak ada kebijaksanaan yang berteraskan ilmu wahyu Allah maka kita tersasar jauh dari platform kehidupan. Kita merasa bangga atau ujub dengan diri sendiri.
Semua istilah ini mempunyai nilai kiraan fizikal. Hidup dengan sifat rendah diri dan qanaah (berpada) merupakan tarbiyyah jiwa yang paling baik. Didikan langsung dari Allah Taala. Didikan inilah yang mampu membentukkan hati dan jiwa kita. Mampu membentuk peribadi kita. Hasilnya, hidup kita sentiasa berdamping dengan Allah Taala. Niat dan gerak kerja kita diserahkan bulat-bulat kepada Allah.
Kalau ditanya, semua di antara kita tidak mahu sikit, kecil, dan sebagainya. Kenapa hati dan perasaan kita sedemikian rupa. Tetapi ayat di atas mengupas betapa hebatnya menjadi golongan yang sedikit. Sedangkan golongan yang sedikit itulah mendapat restu dari Allah Taala. Golongan yang mendapat kemenangan. Peristiwa seperti ayat di atas ..Talut mengalahkan tentera Jalut, Peristiwa Perang Badar Kubra dengan hanya jumlah tentera Islam ratusan mengalahkan tentera Jahilliyyah ribuan orang. Allah menyukai golongan yang sedikit. Dan golongan inilah akan mendapat pertolongan dan rahmat dari Allah. Sedikit bermaksud kualiti. Kuantiti bukanlah kayu pengukur kepada kejayaan. Malah kuantiti kalau di dalamnya ada yang tidak berkualiti maka akan merosakkan keseluruhannya. Ibarat nila setitik rosak susu sebelangga. Bagaimanakah hal keadaannya hidup kita?.
Kita mesti mempunyai kekuatan hati yang berpegang kepada keputusan yang waras dan mutlak. Lebih-lebih lagi keputusan itu adalah keputusan yang telah disyariatkan oleh Allah Taala. Ataupun keputusan yang telah disepakati bersama (Syuura bainahum). Hati yang bersih sahaja yang mampu menerima hidayah Allah. Hati yang kotor akan terus berada dalam kesesatan yang gelap pekat.
Sunday, 21 December 2008
Lawatan SMS ke The Deep, Hull
Sheffield to Hull (route berwarna purple)=
=
=
=
From The Deep to Princess Quay Shopping Centre (Purple route)=
=
=
=
=
=
Jam 1.45 pm, kami tiba di The Princess Quay, pusat beli-belah terbesar di Hull. Aku sekeluarga mengambil angin di sekitar street... Hull (it's true windy...sejuk!... 7 deg C.. no kidding). Aku tak teringin langsung nak masuk ke supermarket tersebut. Kalau masuk memang cari penyakit...na'as....anak-anak aku pasti mengamuk nak beli mainan yang bermacam jenis. Aku cuba elakkan dari memasuki kawasan tersebut (petua orang tua-tua). Tapi di luar, sebenarnya lebih menarik. Aku sekeluarga mengambil masa 45 minit meronda-ronda di kawasan sekitar Princes Dock Street, Carr Lane, King Edward Street (fun fare, stall jualan)...maklumlah depa ni nak raya krismas.... Anak-anak aku nak naik kuda..tak bagi depa gheyau (menangis). Jadi terpaksalah bagi peluang. Fare (tambang) sekali naik sebanyak GBP1.50. Kalau tiga orang dah jadi GBP4.50. Itulah budak-budak... kena juga aku layan perangai depa. Lepaih naik kuda pusing, depa nak naik kereta Mr Bean pula...aduh macam-macam perangai depa ni....
=
Sekitar Princess Quay dan Princess Dock Street
=
=
=
Naik kereta Mr. Bean
=
=














