Pages

Monday, 5 January 2009

Sesi persekolahan 2009 bermula... terkenang nostalgia lampau... Episod 2

sambungan dari... episod 1

Zaman sekolah menengah (Sekolah Menengah Rendah, Jalan Batu Pahat, Kluang Johor), Kelas Perdagangan, 1984 - 1985
Cerita di sekolah menengah ni lain pula.. aku kena berdiri di luar kelas sampai habis waktu kelas... kesalahan tak bawa buku bahasa Melayu... budak-budak yang lalu-lalang mesti tanya... sambil angguk kepala... begitu juga dengan cikgu lain... pun tanya soalan serupa... Lain-lain hukuman yang aku kena di zaman ni... paling banyak diri atas kerusi... dan paling tinggi, diri atas meja... sejengkal lagi nak kena kipas siling...

Zaman sekolah menengah (Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam), Kelas Perdagangan, 1986

Cerita sekolah menengah ni lain pula... Aku selalu lambat ke sekolah... Kalau keluar rumah lepas pukul 7.00 pagi... sure kena tinggal, bas pukul 7.15 pagi... Bas seterusnya pukul 7.45 pagi. Apa lagi sampai sekolah, pintu gate dah tutup... mulalah cari lubang bewak... (pagar lubang).

Kalau dah kerap sangat lambat, lubang bewak pun pengawas boleh kesan, lubang bewak ni memang famous untuk orang yang lambat... bila kena tangkap, so apa lagi kena mengadap cikgu besar lah... tapi mujur tak kena rotan, macam zaman sekolah rendah dulu.

Cikgu besar mengarahkan aku dan orang lain yang bersalah mengambil kerusi masing-masing dari kelas. Kelas aku tu jauhnya 50-60m. Apa lagi, semua member aku tengok aku usung kerusi dari kelas sampai ke bilik mesyuarat cikgu besar. Aku kena quarantine setengah hari dalam bilik mesyuarat... tak gadoh nak baca buku atau dengaq cikgu mengajar... apa da... macam ahli mesyuarat pula ...

Zaman sekolah menengah (Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman, Pulau Pinang atau TI Penang (Technical Institute)), Kelas Mekanikal, 1987 - 1988

Awai-awai lagi aku dah kena hukuman kat sekolah ni... dalam minggu kedua persekolahan. Aku kena tahan dengan pengawas sekolah. Selepas perhimpunan pagi, pengawas akan suruh satu kelas ke satu kelas bersurai untuk keluar dan terus ke kelas. Tapi sepanjang perjalanan ke kelas... pengawas-pengawas akan berdiri di sepanjang perjalanan untuk cek kesalahan budak-budak. Ada pengawas yang ditugaskan bawa tali tape (measuring tape) untuk mengukur panjang ukur-lilit hujung kaki seluar... apa lagi aku tersangkutlah... ukuran kaki seluar aku tak cukup seinci... cuma 15 inchi saja... minimum panjang ukur-lilit yang dibenarkan ialah 16 inchi... hari tu aku pakai seluar lama semasa tingkatan 3... aaaahh mampuihlah aku lepas ni... semua yang bersalah kena duduk tepi...untuk hukuman selanjutnya...

Sekolah Menengah Teknik Tunku Abdul Rahman Putra, Penang

Aku dan orang lain yang bersalah, diarahkan ke padang sekolah. Masa tu zaman cikgu Bashir Ali (cikgu disiplin) cukup cenghe.. orang Penang, pure... dia peminat setia bola... pulun penang pulun... so apa lagi, kami semua kena angkat tiang besi Gol dari kiri ke kanan dan angkat yang satu lagi dari kanan ke kiri... saja dia suruh syok-syok... punah... tapi petang tu ada game bola Sekolah Teknik vs Sekolah Menengah Vokasional, Batu Lancang, musuh ketat sekolah aku rupanya.

Pasukan Kadet Bersatu Malaysia

Waktu petang budak-budak semua kena pi padang... kena bagi sokongan padu untuk team bola. Tapi yang teruk, kami semua kena buat TI Clap... sambil nyanyi Who you are... we are the TI... rough tough TI... rough tough TI... sambil kena tepuk tangan kuat-kuat (Ada skil masa buat clap sambil menyanyi... aku masih ingat lagi)... senior aku kata, skil ni dari zaman tok nenek 50 an TI Penang lagi...

Aku masih teringatkan TI heli... TI Star light... (lain-lain aku dah tak ingat)

Sehinggalah masa kerja...

Masa kerja pula jumpa lagi dengan cikgu Bashir Ali... cenghe dia tak ubah-ubah... celupaq dia pun serupa juga... maki orang selamba, buat muka kering saja. Aku yang dah tua panjang pun kena maki juga... Waktu tu aku berurusan untuk projek sekolah... dia dah tak jadi guru... dia jadi Ketua Jabatan Pembangunan Sekolah Zon Utara. Aku tak ceghita kat dia yang aku ni anak murid dia... sat lagi kena bambu... hilang macho aku depan konsultan lain...

Member aku, ada yang introduce... apa lagi dia kata.... hang, kalu aku tak marah dulu, hang tak jadi lagu ni... Ooooooo..., kalau aku memang aku tak habaq, sampai sudah aku tak mau introduce, na'as... tak jadi kerja...

Lain ceghita... member aku kena perli dengan dia... member aku kata dia tak dak pun nak jack (puji) cikgu Bashir ni... ala nak belanja makan sikit aje itupun terjumpa kat Restoran Nasi Kandar Simpang Empat... Bila time dia nak pi bayaq, Cikgu Bashir ni jerit dalam restoran kuat-kuat... Hang jangan ingat aku suka hang belanja aku.... merah padam muka member aku.... apalah cikgu ni.... habis semua orang tengok.... cikgu ni biasalah, dengan muka kering dia....

Tahun lepas dapat berita, Cikgu Bashir Ali meninggal dunia... Al Fatihah semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh beliau... Ameen.

SELAMAT BELAJAR DAN SELAMAT MAJU JAYA

Nota: Semua cikgu aku, aku doakan semoga dirahmati Allah. Jasa depa sungguh berguna bagi aku.

7 comments:

hj atan said...

kalau ikuti cerita hang nampak macam hang ni penyangak sekaolah..rupa2nya hang ni dapat pi sek TI..Sek tu hang utk budak pandai saja tau..hang kena cerita yg kes pandai pulak lah

gandasura said...

Hahaha... kita cerita yang tak baik dulu... pasai yang tak baik selalu lekat kuat dalam kepala otak, dia boleh ceghita balik... success story kita ceghita lain hari, mungkin hari guru ka atau hari buruh ka, hari ibu ka, hari bapa ka...ok Hj...chowww

rosidi hussain said...

Klau nak bagi cantik lagi.... cerita baik2 pasal Roes diceritakan oleh Hj Atan.. cerita baik2 pasal Hj Atan diceritakan oleh Roes... Tak la nampak macam masuk bakul angkat sendiri... kalau puji biarlah di di belakang .. kalau nak kata nak tegok ka.. tegok di depan...Selamat berusrah di alam maya... Ok .. Worait.. thanks a lot to you all for your commitment and iltizam in dakwah bil hallll???.....Insya Allah...

gandasura said...

haha.. betul juga tu tn rosidi... tu orang dulu punya falsafah... tapi In motivation view, kita kena ceghita hal kebaikan kita untuk memberi semangat kat orang lain pula... itu motivator... any way ceghita2 ni untuk tatapan anak-anak di masa depan... esok2 kita dah lupa untuk berceghita... nyanyuk da...

nazrilludin said...

Salam Roesli,

Sy salah seorang nama2 kawan hang yg disebut dlm cerita zaman sekolah rendah tu.....satu kelas masa kat SMRJBP.

surajagat said...

Salam... Nazrilludin Salleh
Ada kat mana sekarang... macam mana nak contact?...

nazrilludin said...

Aku ada kat KL,Gombak! Email address: nazrilludin@yahoo.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails