
Sunday, 20 December 2009
Salji semakin mesra... 20/12/2009 Ahad

Thursday, 17 December 2009
Salji sulung di Sheffield... 17/12/2009 Khamis
Sambutan Maal Hijrah 1341H tahun ini disambut dengan salji 'sulung' di Sheffield. Lebih awal turun berbanding dari tahun lepas. Cuaca sejuk lagi dingin di sekitar 0/-3 deg. cukup menggeletarkan seluruh badan kalau hanya dibaluti oleh sehelai baju atau kain.
Paling menghiburkan apabila melihat 'telatah' pergerakkan salji yang berterbangan 'lintang-pukang' tidak tentu arah apabila ditiup angin.
Adakah begini keadaannya apabila burung Ababil melepaskan batu-batu kecil yang membakar tentera-tentera bergajah Abrahah seperti ulat-ulat memamah daun ketika mana mereka hendak meruntuhkan bangunan Kaabah. Tidak ada sedikit ruang pun yang boleh menyelamatkan dan melarikan diri.
Atau adakah seperti...
Dan tahukah kamu apakah hari kiamat itu?. Pada hari itu manusia seperti kelkatu yang berterbangan. dan gunung-ganang seperti bulu yang dihambur-hamburkan. (Surah Al Qari'ah: 3-5)
Kemana kita?,
Dimana kita?,...
Bagaimana pula hal keadaan kita?...
Apakah kesudahan episod hidup kita?...
Wallahu'alam...
Tuesday, 15 December 2009
Jejak langkah yang ditinggalkan... Salam Ma'al Hijrah 1431H

Friday, 11 December 2009
Kalimah Allah di cermin depan kereta Peugeot T909KHE.... Jumaat, 11/12/2009
Paparan Kalimah yang mula mencair setelah 3 minit memandu sehingga ke simpang Attercliff... telah beberapa kali wipe dengan wiper
Simpang traffic light depan Stadium Don Valley... frost yang cair keseluruhannya| Reactions: |
Wednesday, 9 December 2009
Belakang parang kalau diasah lagikan tajam...
| Reactions: |
Tuesday, 8 December 2009
Saksi cerai?... 6.35pm, Selasa 24/11/2009
Monday, 7 December 2009
Lulus ujian memandu... 3/12/2009

Alhamdulillah akhirnya aku berjaya lulus ujian memandu bertarikh 3/12/2009 tepat pada jam 8.45 pagi di sini. Al Maklum, bila kita sudah lama memandu dan telah termaktub segala skill2 yang tersendiri dan direka sendiri yang dirasakan sukar untuk diubah dan diperbaiki maka hampir tidak masuk akal pula apabila dikehendaki memandu dengan gaya skima dan standard yang dikehendaki. Memang terkial-kiallah jadinya... Tetapi dik kerana hendak lulus maka terpaksalah mengubah gaya memandu dengan mematuhi standard yang dikehendaki... cth. - pegang steering mesti dengan kedua-dua tangan (kadang-kadang kalau guna skill tersendiri memadai pula memegang steering dengan sebelah tangan dan memulasnya seperti mencanai roti canai atau menekan pedal gear dan minyak seperti memandu di litar F1). Observation (melihat cermin dan sekeliling) mesti setiap kali dan setiap ketika sehinggakan sukar bagi aku untuk meneling kepala 180 darjah kebelakang. Maklum sahaja urat tengkok sudah liat. Hari pertama belajar memandu, memang sakit urat tengkuk...Nota: Sila lawati laman http://www.dvla.gov.uk
| Reactions: |
Friday, 4 December 2009
Thursday, 3 December 2009
Ceghita ulaq buat kawan...
Kata Toke ulaq tu... Mula-mula dia beli sekoq dengan harga RM3000.00. Orang kata awat bodoh sangat pi beli ulaq sampai mahal harga macam tu... kemudian dia kata balik kat kawan tu, hanglah bodoh... ulaq ni aku bagi dia makan sekali saja lepas tu dia kenyang sebulan... kalau beli lembu aku kena bagi makan tiap-tiap hari..., rugilah aku.
Kemudian katanya... Lepas tu aku beli sekoq lagi...so jadi 2 ekoq.
Sementara dia nak sambung cerita dia beli ulaq tu, dia pun sualah kat penonton produk sabun yang dia kata boleh hilangkan jerawat, jeragat, boleh licin muka, boleh hilangkan bisa-bisa ulaq seperti terkena tahi atau najis ulaq kerana najis dan sisa ulaq tu beracun... jangan sentuh, ubat pemutih gigi?? dan boleh juga dibuat utk mencuci barang tembaga??!$^#%$^... dia pun tonyoh duit tu dengan ubat serbuk pemutih gigi... memang meghelit duit tu... (HPA pun tak boleh lawan produk macam ni) dan macam-macam lagilah dan sambil-sambil tu dia pun bok keluaq ulaq tedung selar pula... amboi mak besaqnya, dia kata baru tangkap kat gurun... memang cenghe ular tu, siap berbuyi ciss ciss ciss lagi (mujuqlah dia tak kata cis ciss ciss tak guna punya orang), sat-sat nak patut orang dan dia punya panggung setengah dari badan dia, aku dah mula susun langkah, kot-kot tak semena-mena dia mai terpa kat aku pula, naya nanti... dia kata dia pernah kena patuk banyak kali sampai jari tangan sebelah dia kiat... tapi yang syoknya latar belakang muzik yang dia pasang tu lagu hisdustan... bukan main rancak... mungkin ulaq2 dia ni suka lagu tu kot...
So, sambung balik ceghita ulaq sawa tadi... semua harga ulaq sawa yang dia beli tu dia kata harganya hampir RM13,000.00. maknanya harga ulaq yang kedua tu memang mahal harganya... sambil tangan dia pun tunjuk kat MERC Compressor C200 yang dok parking sebelah gerai dia... dia kata dalam masa singkat saja dia boleh beli kereta tu... CASH, tak ada hutang..... berulang2 kali dia kata CASH... CASH, ..... masa tu harga kereta tu kalau saya tak silap harganya ~ RM300,000.00. Tapi logik juga dengan umur dia dan pekerjaan dia tu, mana ada bank nak bagi loan... Bank pun tak percaya nak bagi...
Ghalik juga aku dok dengar dia berceloteh, ada saja idea yang dia goreng... hang Mat (anak menakan toke ulaq tu), hang mai dok tang ni... (sebelah tong ulaq tedung senduk)... suruh mengaji hang tak mau, dok menghorat anak dara orang saja... hang mai dok tang ni... si Mat ni pun takut2... pilah dok kat bangku sebelah tong ulaq tu... toke tu pun buka tudung tong tu dan dia bok keluar ular tedung senduk pula... ulaq ni pun ganas juga, sampai si Mat ni melompat lari pasai ulaq tu pi kat dia... hang tengok dia nghorat anak dara pandai dengan ulaq dia kecut... hang mai dok tang ni... mata hang tu tengok tang ulaq tu, tok sah dok jeling kat anak dara..... biaq pi kat depa... pantang ada anak dara lalu mata liaq...
Macamana dia dapat duit beli kereta tu?....
Si Toke tu kata... Hang pa tau tak, Hotel Genting telepon aku dia kata nak sewa ulaq sawa aku... depa nak bagi aku RM30,000.00 sebulan... Dia tak bagi tau la pulak berapa lama Hotel Genting sewa ulaq dia... Kata toke ulaq tu... tu ha... CASH (sambil tunjuk kat kereta MERC C200 silver metalic)...
So... setakat tulah dulu kisah Ulaq BUAT KAWAN....
Pandai-pandailah buat kesimpulan sendiri... SELAMAT MENCUBA@#%%&(*)
*****
From: abu iman
Sent: Monday, 30 November 2009 9:46:06
Subject: Buat Kawan
Salam
Elok ka dibuat kawan?...
*****




