- Kita sedia maklum, memang sudah pastinya kita mengetahui jumlah pendapatan bulan yang kita perolehi... sikit atau banyak itulah pendapatan yang kita perolehi setiap bulan.
- Hendaklah kita mengenal pasti jumlah semua perbelanjaan tetap bulanan kita sama ada pembayaran (utilities, hutang dsbgnya) dan perbelanjaan peribadi, isteri dan anak-anak.
- Catatkan kembali di atas kertas perkara-perkara yang membabitkan simpanan, pendapatan, pembayaran dan perbelanjaan kita sepanjang sebulan.
- Sekiranya mampu sediakan 3 akaun bank yang berasingan. (pastikan juga kita membuka akaun yang jenis Islamic banking, supaya tiada unsur interest yang mengganggu urusan muamalat kita). Kerana mencari yang fardhu itu adalah kewajipan...
- Asingkan semua perkara-perkara pembayaran (utilities, hutang dsbgnya) tersebut di akaun bank yang dikhususkan untuk tujuan pembayaran sahaja. Sama ada pembayaran yang melibatkan pembayaran online, pembayaran secara direct debit, atau sebagainya.
- Asingkan juga perkara-perkara perbelanjaan kita di akaun bank yang hanya dikhususkan untuk tujuan perbelanjaan sahaja. Sama ada perbelanjaan secara online, direct debit atau cash mesin.
- Dan yang mustahak sekali adalah pastikan sejumlah simpanan untuk masa depan juga perlu diasingkan ke akaun bank yang lain supaya ia kekal di dalamnya tanpa 'diganggu' oleh perbelanjaan dan pembayaran kita yang lain.
- Dengan cara yang ringkas ini, sekiranya bila tiba hujung bulan, kita sudah boleh mengawal kewangan kita dengan bijak dan lebih berhati-hati.
- Berlapang dada dengan apa yang ada.
- Berbuat baik, berbakti dan mendoakan kepada ibu-bapa.
- Selalulah berdoa kepada Allah taala supaya dimurahkan rezeki, memperolehi rezeki yang halal dan diberkati dan juga diluaskan dan diperbanyakkan rezeki. Dibebaskan dari sifat bakhil, berhutang dan dizalimi oleh orang lain yang berhutang, Menipu, tertipu dan ditipu oleh orang lain.
- Perbanyaklah beristighfar kepada Allah setiap waktu.
- Selalulah melaksanakan solat Dhuha kerana Dhuha itu adalah pembuka pintu rezeki hamba Allah.
Sekiranya kita mempunyai isteri dan anak-anak, maka berpakatlah bersama-sama dalam hal ini kerana mereka juga mampu membawa keberkatan rezeki di dalam kehidupan kita. Uruslah kewangan kita bersama mereka.
Dalam hal harta dunia ini kita kenalah selalu melihat kepada hamba Allah yang kurang hartanya dari kita. Kalau kita melihat mereka yang lebih dari kita maka kita akan merasa tidak puas hati dan akan timbullah rasa cemburu dan seterusnya akan melonjakkan hawa nafsu kita untuk berlumba-lumba mendapatkan tanpa kita sedar kemampuan yang kita ada. Amat parah lagi, kalau memperolehinya tanpa mengira adakah halal atau haram perbuatan tersebut.
Kalau berlumba-lumba dengan cara baik tidak mengapa, tetapi kalau sudah sampai menggunakan khidmat tok bomoh, rasuah dan sebagainya, maka perlulah sedar supaya tidak terlanjur terus melakukan maksiat sesama manusia dan juga kepada Allah Taala.
2 comments:
jangan jadi mata duitan dah la ya..
Hi... Looking ways to market your blog? try this: http://bit.ly/instantvisitors
Post a Comment